Mari-mari kami nak beritahu anda sesuatu..

Ya… anda boleh melakukannya serta mampu membina nama, kredibiliti dan empayar perniagaan dengan lebih berkesan walaupun anda seorang NEWBIE melalui satu sistem yang bakal kami kongsikan kepada anda…

Laporan Oleh: Team Pemikat

Lokasi: Kuala Lumpur (Di hadapan Komputer)

RE: Rahsia SISTEM Pemikat Jualan

 

 

 

 

 

Sahabat seperjuangan Usahawan dan bakal usahawan, 

Kami pasti jika anda membaca bahagian ini kami telah berjaya menarik perhatian anda untuk mengetahui apa yang kami ingin sampaikan seterusnya. Terus terang kami katakan kami bukan sahaja ingin menarik perhatian anda malah kami ingin sampaikan satu perkara yang mungkin boleh merubah bukan sahaja persepsi anda malah merubah nasib anda dalam perniagaan anda dan penjanaan wang anda. Teruskan membaca…

SIAPA ANDA?

Adakah anda seorang, 

  • Usahawan internet yang menjual produk informasi seperti ebook dan sebagainya. Anda telah mempunyai laman web jualan yang canggih bagi menjual ebook anda di internet namun jualannya tidak seperti yang anda harapkan.
  • Usahawan kecilan atau SOHO yang menjalankan perniagaan tidak kira menjual produk mahupun perkhidmatan. Banyak wang telah anda keluarkan bagi menjalankan usaha pemasaran namun anda terus kecewa kerana keuntungan yang anda perolehi tidak mampu menampung kos yang telah dikeluarkan. 
  • Usahawan MLM, Direct Selling serta Ejen Insurans yang telah berusaha berjumpa dengan ramai prospek namun semakin anda kejar prospek semakin prospek lari dari anda. 
  • Seorang jurujual atau pegawai pemasaran di sebuah syarikat yang menjual produk ataupun perkhidmatan. Sering rasa tertekan kerana setiap bulan agak sukar untuk anda capai kuota jualan yang perlu anda lakukan. Lebih tertekan apabila BOSS anda mahukan laporan kenapa jualan anda tidak capai target. 
  • Yang ingin menjadi usahawan namun tidak tahu perniagaan apa yang ingin anda jalankan. Dalam otak anda sekarang ada pelbagai pilihan jenis perniagaan untuk anda jalankan namun anda masih keliru apa jenis perniagaan yang akan anda jalankan kerana anda mempunyai halangan dari segi kos permulaan. 

Siapa pun anda, sekarang anda mempunyai masalah dalam usaha pemasaran anda namun apakah penyelesaian yang perlu anda ambil bagi menanganinya?

Pemasaran Informasi Boleh Membantu Anda… 

Segala masalah yang anda hadapi dalam usaha jualan dan pemasaran boleh diatasi dengan mudah apabila anda menggunakan satu teknik pemasaran yang dipanggil Amalan Pemasaran Informasi. Ya… bila saya sebut Pemasaran Informasi dalam kepala otak anda sekarang anda membayangkan menjual ebook di internet tetapi Pemasaran Informasi jauh lebih besar dari itu.

Apa itu Pemasaran Informasi?

         Pemasaran Informasi adalah satu usaha pemasaran bagi memasarkan apa pun jenis perniagan, produk mahupun perkhidmatan dengan menggunakan informasi sebagai senjata jualan dan pemasaran. Orang yang menjalankan usaha pemasaran informasi ini digelar sebagai Pemasar Informasi. Pemasar Informasi ini adalah mereka yang samada :

  • Menjual produk-produk informasi tidak kira secara online atau pun offline dan terus menjana wang melaluinya
  • Seorang usahawan, jurujual atau ahli pemasaran yang menggunakan produk-produk informasi bagi memasarkan perniagaan tidak kira perniagaan mereka tersebut menjual produk atau perkhidmatan mahupun bagi mengembangkan perniagaan mereka 

Oleh itu tidak kiralah samada anda mahu menjana wang terus dari penjualan produk-produk informasi (secara sambilan mahupun sepenuh masa) atau bagi mengembangkan dan melonjakkan pendapatan dari perniagaan yang sedang anda jalankan atau mungkin anda memerlukan bantuan mencapai kuota jualan anda Pemasaran Informasi merupakan kaedah yang sangat mudah, cepat dan memerlukan kos yang paling optimum untuk anda jalankan.

Siapa kami ? 

Kami dikenali sebagai Team PEMIKAT. Team PEMIKAT terdiri dari 2 Pemasar Informasi. Mari saya bawa anda untuk kenali siapa kami sebenarnya:       

Zahrul Azua Kamaluddin mungkin satu nama yang sangat asing buat anda. Merupakan seorang penulis serta pemasar produk informasi secara sambilan dan telah berkecimpung di dalam dunia pemasaran maklumat sejak 2006 lagi. Mempunyai pengalaman sebagai seorang pegawai pemasaran bagi beberapa industri seperti kejuruteraan dan katering. Beliau merupakan penulis buku “Rahsia Membina Senjata Jualan” terbitan True Wealth Publishing (milik Jurulatih Jutawan Azizi Ali)  dimana ianya pernah untuk beberapa ketika disenaraikan sebagai “Top Ten Local Non Fiction Best Seller” di www.mph.com.

Safuan atau di dunia internet lebih dikenali sebagai Sipenglipurlara. Beliau merupakan seorang usahawan IT serta pemasar informasi di internet sepenuh masa. Beliau menceburi perniagaan internet sejak tahun 2006. Seorang OKU yang mempunyai kecacatan pada kaki lansung tidak mematahkan semangat beliau untuk menjadi seorang Usahawan Internet Sepenuh Masa kerana bagi beliau setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri.

Bagaimana Kami Boleh Membantu Anda ?

Kami bukanlah antara mereka yang telah mempunyai nama besar dalam industri ini namun atas pengalaman serta ilmu yang kami ada sepanjang pembabitan kami dalam dunia pemasaran informasi kami yakin bahawa setiap pengalaman kami tidak kira kami menempuh kejayaan mahupun kegagalan mampu memberi anda satu panduan dalam usaha anda membina kejayaan perniagaan anda.

Bagi membantu anda dan perniagaan anda dalam melakukan usaha pemasaran informasi ini apa yang perlu anda lakukan adalah ‘TRANSFORMASI’. Satu transformasi diri dari seorang penjual kepada seorang Pemasar Informasi dan kami akan bantu anda untuk menguasai 4 perkara utama bagi mempersiapkan diri anda untuk di Transformasi. 4 perkara tersebut adalah :

1.      Ilmu menjual terus kepada emosi pelanggan

2.      Ilmu penulisan produk informasi

3.      Ilmu penulisan surat jualan

4.  Ilmu dalam strategi plan pemasaran

Cara Cepat Bagaimana Anda Boleh Melakukannya…

Baiklah… kami tidak mahu berteka-teki lagi… Bagi anda yang inginkan kejayaan dalam usaha pemasaran dan jualan anda kini anda tidak perlu risau untuk mencari panduan bagaimana anda boleh melakukannya kerana kami ingin memperkenalkan anda kepada satu sistem yang telah kami pakejkan dan sistem tersebut kami panggil…

Rahsia Sistem Pemikat Jualan

RAHSIA DALAMAN SEORANG

PEMASAR INFORMASI

Anda tahu bahawa betapa pentingnya untuk memiliki ilmu pemasaran yang berkesan bagi mengelak masalah serta mengalami kerugian kos dalam memasarkan produk atau pun perkhidmatan anda dan seterusnya mendapat jualan yang anda harapkan  

Jesteru… apa yang bakal kami beri pada anda adalah satu panduan yang bukan sahaja mampu memasarkan perniagaan, produk mahupun perkhidmatan anda malah ianya mampu membina nama, kredibiliti serta empayar perniagaan anda dengan lebih mudah melalui amalan pemasaran informasi.

 

Apa Itu ‘Rahsia Sistem PEMIKAT Jualan’  (RSPJ) ?         

RSPJ merupakan satu sistem pemasaran dan pembangunan perniagaan menggunakan Kuasa EMOSI, Kuasa PENULISAN dan Kuasa INFORMASI.  Dalam pakej sistem RSPJ ini terdapat 6 ebook yang terdiri dari 5 Volum. Mari saya bawa anda untuk melihat setiap satunya.

Volum #1 – Satu Pengenalan

Antara perkara-perkara utama yang akan dibincangkan adalah :

q       Kenapa ada diantara ebook dikatakan sebagai Ebook Sampah atau Ebook Penipu ?

q     Satu sindrom yang melanda para pelanggan dipanggil Sindrom ________ mampu mencacatkan penjualan ebook anda.  

q       Kenapa prospek / pembeli bertangguh membeli produk anda? 

q       Masihkah ada pelanggan setia? 

q       Ebook bukan  ________  tetapi hanya satu  ________. Ketahui perkara ini dan anda tahu bagaimana untuk menjual ebook. 

q       Apa itu PEMIKAT? Cara yang pasti untuk menjual terus kepada emosi prospek 

q       Terdapat  _________ langkah proses membeli secara emosi berlaku. 

q 3 perkara kenapa pelanggan memilih anda. Ketahui 3 perkara ini dan anda akan selamat dalam perniagaan anda.

 

Volum #2 – Produk Informasi Sebagai Senjata Perniagaan Anda

Antara lain perkara utama yang akan anda perolehi adalah :

q Penerangan secara terperinci akan apa yang dikatakan sebagai produk informasi. 

q       3 Kategori produk informasi yang hangat di pasaran. Ketahuinya dan jadi juara dalam perniagaan pemasaran informasi 

q       3 jenis produk informasi yang mampu dijadikan senjata perniagaan anda 

q       Produk informasi yang paling mudah dan paling cepat untuk dihasilkan. Anda pun boleh buat dengan mudah. 

q 10 sebab kenapa produk informasi adalah produk yang baik bagi perniagaan anda. (Kerana sebab inilah yang menjadikan ramai pemasar informasi terus jatuh cinta dengan pemasaran informasi)

Volum #3 -  Penulisan Produk Informasi

Screen short dari forum wangcyber.com

Dalam ebook Volum #3 ini telah dipecahkan kepada dua iaitu Volum 3(a) yang lebih menerangkan asas-asas serta tori penulisan produk informasi dan Volum 3(b) lebih menjurus kepada aplikasi penulisan produk informasi. 

Volum #3(a) - Bagaimana Menulis Produk Informasi Yang Mampu Memikat Dan Memukau Emosi Pembaca

Bagaimana Menulis Produk Informasi Yang Mampu Memikat Dan Memukau Emosi Pembaca

Antara lain perkara-perkara utama yang bakal anda perolehi adalah:

q 7 sebab yang menghalang anda dari melakukan penulisan. Kenali 7 sebab ini dan anda mampu atasinya dengan mudah 

q       10 sebab kenapa anda patut menulis. Ketahuinya dan saya pasti anda tidak mampu untuk melepaskan ilmu penulisan ini. 

q       Uji potensi penulisan anda. Hanya 5 minit sahaja diperlukan. Anda harus mencubanya dan anda pasti terkejut dengan hasilnya.

q       7 Asas Bagaimana Mencari Idea Bagi Menghasilkan Produk Informasi Yang Laku Macam Goreng Pisang Panas. Ketahuinya dan segala bakal jadi mudah buat anda. 

q 2 Cara bagaimana anda menulis produk informasi anda. Cukup mudah jika tahu rahsianya. 

q       5 asas utama menulis dan menghasilkan produk informasi. Tanpanya anda tidak mampu melengkapkan penghasilan produk informasi anda. 

q       5 teknik mudah untuk menulis. Sememangnya cukup mudah untuk dilakukan. 

q       Penulisan anda tidak perlu sempurna. KENAPA? Ini perlu anda ketahui. 

q Berapa lama masa yang diperlukan untuk menyunting penulisan anda?

Volum #3(b) - Bagaimana Menulis Sebuah Ebook Dalam Masa Sehari Atau Kurang

Bagaimana Menulis Sebuah Ebook Dalam Masa Sehari Atau Kurang

Antara perkara-perkara utama yang bakal anda perolehi adalah:

q 5 masalah yang bakal anda hadapi semasa melakukan penulisan. Ketahui masalah ini dan tanganinya maka penulisan anda akan menjadi lancar. 

q       Teknik ‘Garis Kasar Format Modular’. Ketahui teknik ini dan tulisan anda menjadi tulisan yang sangat tersusun dan beraliran. 

q       4 proses bagaimana anda boleh merancang penulisan anda. Tanpa perancangan, tulisan anda akan hilang punca. 

q       Bagaimana menggunakan teknik _______ untuk menukar isi anda menjadi hasil tulisan yang baik 

q       Cara betul untuk melakukan kajian. Jika tidak anda akan mengambil masa yang lama untuk melakukan kajian. 

q       Untuk menghasilkan tajuk yang mampu menarik perhatian, anda perlu_______________. (Walaupun kandungan produk informsi anda adalah yang terbaik di dunia namun tanpa tajuk yang baik ia tidak mampu dijual) 

q Bagaimana menghasilkan hasil tulisan setanding dengan hasil penulisan  penulis-penulis handalan. Rahsia yang di simpan oleh penulis-penulis handalan.

Jika anda rasa diri anda tidak mempunyai bakat menulis, di dalam RSPJ kami akan buktikan bahawa anda boleh menulis malah boleh menulis dengan baik dalam waktu yang singkat.

Screen short dari forum wangcyber.com

Volum #4 -  Bagaimana Membina & Menulis Surat Jualan PEMIKAT Yang Mampu Menjual Terus Kepada Emosi Pembaca

Antara perkara-perkara utama yang bakal anda perolehi adalah:

q Kenapa anda perlu surat jualan? Ini penting untuk diketahui jika tidak surat jualan anda tiada tujuan. 

q       4 proses utama yang perlu anda lalui untuk menghasilkan surat jualan PEMIKAT. Tanpa proses ini surat jualan anda tidak mampu menjual. 

q       14 Langkah mudah membina surat jualan anda. Ikut saja setiap langkah. Ianya sangat mudah 

q       Cara cepat bagaimana membina ‘Headline’ yang memberi impak maksima kepada minda dan emosi pembaca.  

q       Bagaimana menulis ayat pertama yang mampu menarik minat serta emosi pembaca 

q       Bagaimana memperolehi testimoni yang berkuasa tinggi (Bukan setakat testimoni biasa) 

q       4 cara cipta ‘Ummph’ pada ‘bullet’ atau senarai titik anda.  

q       Bagaimana mencipta tawaran yang tidak mampu untuk dilepaskan oleh pelanggan anda 

q Bagaimana menulis ________   yang ‘POWER’ mampu mempengaruhi emosi pembaca surat jualan anda.

 

Volum #5 – Sistem Pemasaran Informasi

Oleh itu mari kita lihat apakah perkara-perkara utama yang

bakal anda perolehi dalam volum ini :

q Kenali siapa suspek, siapa prospek, siapa pembeli dan siapa pembeli setia anda. Jika anda tahu maka jualan pasti menjadi milik anda 

q       5 perkara yang menyebabkan seorang tokoh pemasar informasi Jeff Paul berjaya menjadi jutawan hanya dengan menjalankan perniagaan pemasaran informasi.  

q       10 perkara yang perlu anda fikirkan sebelum melakukan usaha pemasaran anda. Ia mampu menangani masalah dalam pemasaran anda. 

q       8 konsep pemasaran yang perlu anda tahu dalam pemasaran informasi. Fahami konsep ini dan anda mampu bina kejayaan melalui perniagaan anda 

q       Bagaimana menarik seberapa ramai prospek ke dalam ___________ pemasaran anda. Berjaya lakukannya maka jualan milik anda. 

q Bagaimana melakukan pemasaran informasi di internet

Dengan Memiliki RSPJ Ini Anda :

#1. Kini mampu menyampaikan mesej jualan terus kepada emosi pelanggan

Perkara pertama yang ditekankan dalam sistem PEMIKAT Jualan adalah EMOSI.  

Bagaimana anda mampu menyampaikan mesej jualan anda terus kepada emosi pelanggan. Anda tidak perlu untuk menjadi seorang ahli psikologi untuk menjadi mahir dalam bermain dengan emosi pelanggan. Cukuplah dengan mengetahui teknik-teknik tertentu bagaimana untuk menyentuh emosi pelanggan.  

#2. Bakal memiliki senjata atau peralatan yang sangat berkesan dalam pemasaran dan pembinaan perniagaan anda

Di dalam sistem ini ditekankan juga bagaimana menggunakan produk-produk informasi untuk dijadikan sebagai senjata atau peralatan yang paling dalam pemasaran dan pembinaan perniagaan anda. Bagaimana anda juga mampu membina nama dan kredibiliti hanya dengan menghasilkan dan memasarkan produk-produk informasi tidak dalam apa jua bentuk. Malah anda juga bakal ketahui bagaimana dengan mudah anda mampu menghasilkan produk-produk informasi yang bakal menjadi rebutan pelanggan

 

#3. Mampu menghasilkan hasil penulisan yang baik walaupun anda tidak mempunyai latar belakang dalam bidang penulisan

Sistem ini akan membuktikan bahawa siapa pun anda, apa latarbelakang anda, apa jantina anda, apa pun keadaan ekonomi anda… anda mampu menghasilkan hasil tulisan yang bukan setakat baik tetapi anda mampu hasilkannya dengan cepat dan mudah. Sasaran kami supaya anda mampu menghasilkan dari tulisan artikel pendek hinggalah anda mampu menghasilkan sebuah ebook.

Anda bukan sahaja mampu menghasilkan tulisan produk-produk informasi malah anda juga mampu menulis surat jualan yang mampu menjual. Jangan percaya dengan kata-kata penulis-penulis surat jualan yang lain yang mengatakan penulisan surat jualan ini adalah sesuatu yang susah untuk dilakukan. Kebanyakkan dari pemasar informasi menulis sendiri penulisan surat jualan mereka.

 

Faedah Utama Yang Bakal Anda Perolehi Dari RSPJ… 

#1. Secara asasnya RSPJ merupakan sistem yang lengkap

Kami tidak berani untuk menyatakan bahawa sistem kami adalah yang paling lengkap dan sempurna yang pernah dihasilkan di muka bumi ini kerana yang sempurna adalah Maha Pencipta. Ditambah pula ilmu pemasaran merupakan ilmu yang sangat luas dan ilmu ini tidak akan habis untuk dikaji.

Namun kami berani menyatakan bahawa untuk TRANSFORM kan diri anda menjadi seorang Pemasar Informasi yang berjaya RSPJ tidak akan mengecewakan anda. Setiap perkara terpenting dalam menyediakan diri untuk menjadi seorang Pemasar Informasi disentuh dalam sistem ini.

 

#2. RSPJ sangat mudah untuk diaktifkan

Setiap sistem yang terkandung di dalam RSPJ adalah dalam bentuk langkah demi langkah. Jadi anda tidak perlu risau kerana dengan hanya mengikuti setiap langkah anda mampu menjalankan sistem ini dengan baik. Penerangan secara mudah namun terperinci  mampu menjadikannya sebagai rujukan paling ampuh buat anda.

 

#3. Sangat sesuai bagi mereka yang mahu menjalankan perniagaan tetapi mempunyai halangan untuk bertemu pelanggan

Antara cabaran yang dihadapi oleh usahawan atau jurujual mahupun ahli pemasaran adalah:

q       Terpaksa berhadapan dengan kemungkinan bantahan daripada pelanggan. Saya sendiri mempunyai kelemahan di sini.

q       Kurangnya kemahiran tentang teknik berkomunikasi yang baik dan betul terhadap pelanggan

q      Terpaksa membuat penerangan yang sama secara berulang-ulang terhadap pelanggan-pelanggan yang berlainan

q       Terpaksa berhadapan dengan kerenah pelanggan yang kurang menyenangkan

q       Usahawan mempunyai halangan untuk berjumpa pelanggan

 

Bagi perniagaan yang tidak mempunyai premis atau pelanggan berada di tempat yang jauh, proses memasar dan menjual menyebabkan usahawan mengeluarkan belanja yang besar dan ini menyebabkan modal yang tinggi seperti:

 

q       Kos perjalanan berjumpa pelanggan-pelanggan anda

q       Kos telefon yang tinggi untuk menghubungi prospek anda

q       Kos keraian yang terpaksa anda tanggung apabila berjumpa pelanggan

q       Keadaan fizikal yang membataskan pergerakan contohnya Usahawan OKU 

Oleh itu RSPJ mampu menyelesaikan setiap dari masalah yang diutarakan di atas.

#4. Informasi yang sangat diperlukan oleh penjual dan pemasar produk-produk informasi 

Bagi mereka yang menceburkan diri dalam perniagaan menjual mahupun memasar produk-produk informasi di internet sudah tentu menyedari kini telah tumbuh bagai cendawan mereka-mereka yang telah berjaya dalam perniagaan ini termasuklah ada diantara mereka yang mampu mengaut keuntungan sehingga ratusan ribu ringgit walaupun mereka masih digelar sebagai NEWBIE.

 Itu adalah apa yang kita nampak namun apa yang kita tidak nampak ada diantara mereka malah lebih ramai lagi tidak mampu mencapai kejayaan dan mereka mula menyalahkan sistem, mula kecewa malah ada juga yang berputus asa dan meninggalkan bidang perniagaan ini.

 Oleh kerana itu bagi mereka yang baru hendak bermula, telah bermula atau yang masih terkapai-kapai harus memiliki RSPJ kerana anda harus bersedia dari segi ILMU. Mereka yang berjaya kerana mereka ada ilmu dan mereka amalkan ilmu mereka tanpa bertangguh. Saya yakin RSPJ tidak akan mengecewakan anda.

 

#5. Tidak lagi perlu memerah otak bagaimana untuk berjaya dalam pemasaran informasi

Segala perkara asas yang perlu anda ketahui telah sedia ada dalam RSPJ. Oleh itu kenapa perlu anda peningkan kepala anda cuba untuk memikirkan bagaimana untuk anda lakukannya. Dari konsep jualan ke atas emosi, amalan penulisan surat jualan dan produk informasi sehinggalah ke amalan pemasaran informasi telah disentuh dalam RSPJ.

Berapa Yang Perlu Anda Laburkan Bagi Memiliki RSPJ ?

Inilah bahagian terpenting bagi anda bukan? Di sinilah bahagian yang sering diambil perhatian dalam pembacaan satu-satu surat jualan. Sebelum kami mengumumkan berapa yang perlu anda laburkan (bukan leburkan), anda harus ada satu ‘mind setting’ iaitu penetapan dalam minda anda bahawa anda bukan sahaja membeli tetapi melakukan satu pelaburan ke atas diri anda.

Kenapa saya berkata begitu? Jika anda berniat untuk membeli semata-mata, anda hanya akan dapat 6 ebook ini sahaja tetapi apabila anda niatkan untuk membuat satu pelaburan ke atas diri anda bermakna anda akan memiliki kandungan ebook yang tiada nilainya ini dan anda akan mempraktikkannya bagi membuahkan hasil yang anda inginkan. Memiliki sesebuah ebook tanpa membacanya dengan sempurna, memahami isi kandungan dan mempraktikkan apa yang terkandung di dalamnya tidak mampu mendatangkan hasil atas apa yang bayar terhadapnya. Mari kita lihat berapakah nilai yang sepatutnya kami berikan.

Volum

 

Harga Sepatutnya

 

 

Volum #1     - (40 muka surat)

 

RM 30.00

 

Volum #2     - (50 muka surat)

 

RM 30.00

 

Volum #3(a) – (40 muka surat)

 

RM 30.00

 

Volum #3 (b)  – (30 muka surat)

 

RM 30.00

 

Volum #4 -  (50 muka surat)

 

RM 30.00

 

Volum #5 - (45 muka surat)

 

RM 30.00

 TOTAL
RM 180.00

Ya… nilai adalah sebanyak,

RM 180.00 

Jika anda lihat senarai nilai harga yang sepatutnya kami berikan mungkin menjadi beban buat anda. Setelah kami berbincang kami bersetuju untuk menawarkan nilai sebanyak:

RM 80.00

Ya RM80.00 bagi pelaburan seumur hidup anda. Pengurangan harga sebanyak 3 kali ganda. Inilah nilai mampu milik yang kami tawarkan pada anda. Kami bukan mementingkan untuk kaya cepat tetapi apa yang paling penting adalah perkongsian ilmu serta pengalaman kami merupakan sesuatu yang berbaloi buat anda.

Tawaran BONUS Percuma Yang Tidak Mampu Anda Lepaskan…

 

Kami tahu anda telah teruja dengan RSPJ dan mahu memilikinya sekarang. Sebelum itu kami ingin menambah keterujaan anda lagi dengan TAWARAN BONUS PERIBADI dari kami. Kami akan memberi anda produk-produk percuma dari kami yang tidak pernah dijual dimana-mana mahupun oleh sesiapa pun. Khas buat anda yang bertindak segera memiliki RSPJ. Mari kita lihat apa yang bakal anda terima.

Tawaran BONUS Percuma #1

- Temubual Ekslusif (Bernilai RM60.00)

 

Temubual bersama insan-insan hebat dalam Pemasaran Informasi. Kami telah menebual seramai 8 insan disegani tentang bagaimana mereka menjalankan usaha pemasaran informasi dan 8 orang tersebut adalah Saudara Azizi Ali (Jutawan Hartanah Malaysia), Saudara Zamri Nanyan, Saudara Irwan Dahnil, Saudara Ammar Zahar, Saudara Adly Mukhtar a.k.a Labanon, Saudara Zulfadli a.k.a Zul Smartusaha , Saudara Jamaludin dan Saudara Fadzuli dari Singapura. Senarai ini akan ditambah dari semasa ke semasa dan pelanggan-pelanggan akan mendapat ‘update’ secara percuma. 

Tawaran BONUS Percuma #2

- Buku Kerja Penulisan Surat Jualan Berkesan (Bernilai RM 50.00) 

Bagi membantu anda untuk berlatih menulis sendiri surat jualan anda satu buku kerja yang mengandungi langkah mudah, langkah demi demi langkah, bagaimana anda boleh melakukan kajian, perancangan dan penulisan surat jualan.

Tawaran BONUS Percuma #3

- Khidmat Kritik Percuma (Bernilai RM100.00) 

Dengan pembelian RSPJ anda bakal perolehi satu perkhidmatan untuk satu kali kritikan secara percuma. Hubungi kami atau hantarkan salinan surat jualan, iklan atau apa sahaja bahan promosi perniagaan anda melalui email mahupun pos dan biarkan kami beri kritikan terhadapnya.

 

Tawaran BONUS Percuma #4

- Keahlian Secara Automatik Ahli ‘TEAM PEMIKAT’ (Bernilai RM50 setahun)

Dengan memiliki segera RSPJ secara automatiknya anda menjadi sebahagian dari ahli ‘TEAM PEMIKAT’.  Sebagai ahli antara kelebihan yang bakal anda perolehi adalah :

 

q       Newsletter percuma dari Team PEMIKAT

q       Diskaun sehingga 20% keatas bagi produk-produk pilihan yang bakal dikeluarkan kelak

q       Mendapat keutamaan dan diskaun bagi bengkel-bengkel yang bakal dijalankan

q       Update dari semasa ke semasa pakej ebook RSPJ

Ianya memang satu pelaburan yang berbaloi… 

Mari lihat semula apa yang bakal anda perolehi dengan nilai pelaburan RM 80.00 anda tersebut:

 

Volum 

Nilai Yang Ditawarkan 

 

6 Ebook Rahsia Sistem Pemikat Jualan

Volum #1 ~ Volum #5 

 

RM 60.00

 

Tawaran BONUS Percuma #1

(Temubual bersama 8 insan hebat) – Bernilai RM60.00

 

PERCUMA

 

Tawaran BONUS Percuma #2

(Buku Kerja Menulis Surat Jualan)- Bernilai RM65.00

 

PERCUMA

 

Tawaran Bonus Percuma #3

(Perkhidmatan Kritik Surat Jualan) – Bernilai RM 100.00

 

PERCUMA

 

Tawaran Bonus Percuma #4

Keahlian secara automatik ‘TEAM PEMIKAT’

– Bernilai RM 50.00 setahun

 

 
PERCUMA
 Total
RM 80.00

 Tidakkah ia sesuatu yang sangat berbaloi buat anda. Dengan 6 ebook yang terkandung di dalam beserta dengan 4 tawaran bonus percuma, anda pasti tidak akan kerugian malah pelaburan anda tersebut merupakan pelaburan yang sangat bebaloi. Kami sarankan anda supaya bertindak sekarang.

 

 Jaminan Keberkesanan Atau Wang Dikembalikan…

Maaf, kami tidak menyediakan JAMINAN sebegini. Pada kami apa yang kami berikan melebihi nilai harga yang kami tawarkan dan kami sememangnya sangat-sangat yakin dengan apa yang kami berikan. Anda boleh lihat sendiri.  

Kami tidak mahu menggunakan Jaminan Keberkesanan Atau Pengembalian Wang untuk kami mempengaruhi emosi anda bagi membeli pakej ebook ini semata-mata. Ini bukan tujuan kami dan kami bukanlah usahawan yang hanya mahu mencipta jualan yang banyak semata-mata tanpa memberi sesuatu yang berbaloi buat anda. 

Ilmu serta pengalaman yang kami kongsikan adalah ‘REAL’ namun ianya tidak akan membuahkan hasil jika anda tidak membaca keseluruhan produk, tidak melakukan latihan, tidak cuba menyusun strategi, tidak cuba mengamalkannya serta tidak mahu mahu berbincang dengan kami. Ini adalah REALITI yang perlu anda hadapi. 

Namun jika anda tidak berpuashati dengan apa yang kami tawarkan selepas anda memiliki pakej ebook ini, apa yang perlu anda lakukan adalah menghubungi kami dan kami akan cuba membantu anda sedaya mampu kami. Inilah jaminan kami.

Kejayaan Anda Adalah Kebanggaan Kami

Kekecewaan Anda Melambangkan Kekecewaan Kami Juga

 

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Adalah Bertindak Segera… 

Kami menjangkakan bahawa RSPJ bakal menjadi rebutan seperti goreng pisang panas. Dengan permintaan yang tinggi ini kami tidak berani untuk berjanji bahawa setiap bonus percuma tersebut akan kekal selamanya. Kami akan masukkan bonus-bonus tersebut menjadi sebahagian dari pakej ebook kami kelak dan dikala itu harga akan dinaikkan berlipat kali ganda. Bukan berniat untuk menakutkan anda tetapi kami hanya menghadapi realiti yang sebenar.

 

Oleh itu sementara anda berpeluang memiliki kesemua bonus tersebut secara percuma maka kami gesa anda (namun bukan memaksa) untuk bertindak segera. Miliki RSPJ sekarang. Ya sekarang juga! Namun Jika anda masih tidak yakin dan teragak-agak... kami tidak dapat membantu anda kerana semuanya telah kami sediakan. Hanya menunggu anda untuk mengaktifkannya.  Semoga kejayaan menjadi milik anda dan kami juga.

 

Bagi memiliki pakej 6 ebook RSPJ serta 4 Bonus Percuma anda hanya perlu melaburkan sebanyak :

RM120.00

RM80.00

(RM80.00 adalah nilai sementara kami masih berada dalam ‘mood’ pelancaran produk pertama Team PEMIKAT. Nilai yang kami potong adalah nilai yang bakal kami gunakan dimasa hadapan kelak) . Oleh itu cepat dapatkan segera sebelum nilainya dinaikkan. Klik butang di bawah dan ikuti setiap arahan yang diberikan :

Dapatkan Sekarang ebook "Rahsia Sistem Pemikat Jualan " beserta 4 Bonus Hebat dengan harga sementara RM80 sahaja!

Klik Butang "Tempah Sekarang " dibawah untuk
cara-cara mendapatkannya!

Ikhlas dari Team Pemikat,    

Zahrul Azua
Safuan a.k.a Sipenglipurlara

 

 

 

 

P/S  - Perlu diingatkan Sistem Rahsia PEMIKAT Jualan mengandungi 6 Ebook serta 4 Tawaran Bonus Percuma yang tidak mungkin didapati dari mana-mana laman web.

P/P/S - Anda jangan risau jika anda rasa anda terlalu baru dalam bidang ini dan khuatir pakej ebook kami terlalu ‘detail’  buat anda kerana ianya memang sesuai buat anda yang baru dalam bidang ini.

P/P/P/S - Jika anda ingin tahu apa yang kami tanyakan pada 8 Insan Pemasar Informasi Yang Disegani tersebut caranya hanyalah dengan memiliki RSPJ 

P/P/P/P/S - Tanpa tindakan segera anda bermakna anda tidak serius untuk TRANSFORMASI kan diri anda untuk lebih berjaya.

Dengan mengisikan nama dan email anda berhak mendapat Ebook "Gagal Jual Ebook" Bernilai RM37 Serta Informasi tentang perniagaan Secara Percuma!

 

Nama:
Email:
*Nama dan Email anda adalah kegunaan kami sahaja. Kami akan menghantar kepada anda update produk yang berkaitan serta pelancaran produk Sistem Rahsia Pemikat Jualan

Diterbitkan dan Diedarkan oleh: ExtremeTech (001707590-K)